Friday, June 19, 2009

WINGS dan perkembangan sayap


kumpulan WINGS atau dlm BMnye "sayap'(kah.kah.kah) adalah satu nama yg besar bagi muzik rock tanah air ni..tp diorg adalah nama kecik dalam bidang rock ni kepada sapa2 yg x kenal diorg la..rockers belenggu irama ni still aktif kt malaysia ni..Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985,cerita diorg ni start bila ada 4 org penuntut yg bergabung tenaga untuk membentuk kumpulan pancaragam kat Sekolah Menengah Sri Ampang nuu..awie,jojet,jo,syam. Oleh sebab minat rock,maka diorg terus la mendendangkan lagu berentak rock'n'roll..so,berterusan la tp masa tu diorg xde nama lagi.Penghijrahan ahli kumpulan yakni jojet yang pegi bermain dengan Kumpulan Gersang dan Jo yang mengundurkan diri menyebabkan ada perpecahan dalam kumpulan ni.Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini pengurus pada masa tu adalah Ali Bakar.Kumpulan ini bertungkus lama menyiapkan album pertama "Belenggu Irama" dengan kehadiran Eddie dan Black yang menggantikan Jojet dan Jo..kehadiran Wings pada masa itu amat bersesuaian kerana ketika itu arena rock tanah air tengah berkembang dan mula diterima masyarakat.Memang kena la ngan zaman dan muzik yg dibawakan..kehadiran Wings menambah lagi ke'rock'an pada era tu..Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu oleh penggubah terkenal seperti M. Nasir, J.S Kevin, percaturan pertama Wings di arena seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan namun demikian,mereka terpaksa berdepan dengan banyak masalah dengan penyiaran di TV.radio RTM kerana lagu2 mereka tidak diluluskan untuk disiar atas alasan lirik,lirik, lagu dan latar belakang Wings yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.Dalam keadaan masalah tu pun,laku gak album diorg 60,000 unit..cuba kalu bleh siar,mau byk lagi tuh.. Tak lama lepas tu ada la sikit perpindahan ahli dalam Wings yang mana Syam(gitaris) menarik diri plak dan digantikan dengan Joe yang sebelum itu merupakan gitaris kumpulan SCANDALS.joe ni kreatif ditambah dengan skill men gitar yang tinggi..pendek kata,terer abih la men gitar.Sampai la sekarang joe still ngan wings..joe ni pelik skit solo dia,ada la trademark dia..kekadang susah gak nk follow riff ngan solo dia ni.. Pastu pertukaran ahli kuar masuk tu biasa la..tp yang agak mengejutkan dant paling mengecewakan peminat Wings ialah berita pengunduran Awie setelah keluarnya album "Double Trouble" dan "Bazooka Penaka". Amy Search paling lantang ketika itu mengutuk tindakan Awie, walaupun Amy sendiri keluar dari Search selepas album "Double Trouble 2".Sejarah pertukaran penyanyi utama kumpulan Wings cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. 2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing di hasilkan.Cakap pasal vokalis ni kan..Wings ni penah ada 3 orang vokalis yg join band ni..Mus dari Kumpulan May,Mel dan Awie sendiri..Mus May sempat wat album ngan Wings dan album terakhir yang Mus May wat adalah Mr.Barbarik..
Pastu dia masuk balik Kumpulan May..Awie masuk balik Wings dan terhasilnya Naga K'ramat ..bertempat di Orange Club pada tahun 2006,konsert Wings Alive mengubat kerinduan semua..yearghhh!!

*Kumpulan Search & Wings mencipta sejarah yang mungkin tidak pernah terjadi dalam dunia muzik rock umumnya apabila bersetuju muncul dalam satu upacara simbolik pemotongan rambut masing-masing pada 1 November 1992 di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Upacara yang kelihatan penting tersebut dilakukan oleh Mohamed Rahmat (Menteri Penerangan Malaysia ketika itu) dan disiarkan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia secara langsung melalui saluran RTM1. Upacara tersebut mengakhiri tempoh sekatan yang dikenakan oleh Kementerian Penerangan Malaysia terhadap Search & Wings di mana lagu-lagu mereka tidak boleh disiarkan melalui radio & televisyen Malaysia, malah permit pertunjukan pentas juga tidak dikeluarkan kepada kumpulan rock yang berambut panjang melebihi paras bahu.


kah..kah..warghhh kah..kah..pya la susah nak jadi rock ni.