Saturday, June 20, 2009

periuk bukan untuk masakan



Info untuk sapa2 yang suka masak,bleh beli periuk ni..
Info berkaitan periuk yang bleh memudaratkan..

Periuk api merupakan sejenis alat bahan letupan yang diletakkan di atas atau di bawah permukaan tanah. Ia akan meletup apabila dicetuskan oleh kenderaan, manusia ataupun haiwan. Periuk api biasanya merujuk kepada alat yang memang dibuat untuk tujuan ini, dan berbeza daripada "alat letupan spontan" ("IED").

Periuk api digunakan untuk melindungi sempadan yang dipertikai dan untuk mengehadkan pergerakan musuh semasa perang. Dari segi taktik fungsi sama dengan kawat berduri atau gigi naga konkrit yang menghalang laluan askar musuh dan membolehkan kawasan itu dipertahankan dengan lebih mudah. Dari pandangan ketenteraan, periuk api dianggap sebagai "pengganda kuasa", membolehkan pasukan yang teratur mengatasi musuh yang lebih ramai.

Bom M18A1 Claymore digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Bom Claymore ini diletakkan di atas tanah menghadap tempat di mana musuh dijangkakan berada dan apabila diletupkan akan melontarkan 700 biji bebola keluli sehingga jarak 100 meter di dalam satu lengkung seluas 60° di hadapan bom berkenaan. Bom ini digunakan dalam serang hendap dan sebagai pertahanan anti penyusupan. Ia juga boleh digunakan menentang kenderaan ringan tanpa perlindungan armor.

Bom ini menggunakan kesan Misznay-Schardin, yang mana mendapati bahawa apabila bahan letupan meletup dan bertemu kepingan besi waja, kuasa letupan itu akan diarahkan bertentangan arah kepingan besi itu. Selepas Perang Korea, tentera Amerika Syarikat memperbaiki rekaan Schardin menjadi bom Claymore yang melontarkan beratus-ratus bebola besi dengan sekali letupan. Bahagian belakang bom ini menggunakan besi untuk mengarahkan letupan ke arah hadapan.

Bom jenis M18A1 digunakan semasa Perang Vietnam. Bom M18A1 menggunakan bahan plastik berwarna hijau dengan perkataan "Front Toward Enemy" di atasnya. Bom ini panjangnya 21.5 cm, tinggi 8 cm dan mempunyai ketebalan 3.5 cm dan mempunyai dua kaki yang boleh dilaraskan.