Saturday, June 20, 2009

hillary ang




Name : Hillary Ang

Description : Guitarist / Sessionist

Gear : Godin A6(semi acoustic)


Aku dah penah cita pasal edrie hashim yang mana salah sorg guitarist terbaek kat Malaysia ni.Kali ni ak cite pasal hillary plak..dia ni pn dasat gak..

Hillary Ang adalah lebih dikenali umum sebagai axeman untuk kumpulan rock paling terkenal di Malaysia, SEARCH - Hillary telah menempatkan dirinya di persada muzik tanah air sebagai satu daripada pemain gitar legenda di industri muzik rock tanah air.Lahir pada 1962 di Johor Baru.
Keinginan dan minat terhadap muzik rock berakar daripada keluarganya: " abang saya mempunyai satu iaitu mengumpul rekod-rekod dan lagu-lagu, kebanyakannya dari genre rock dan saya 'curi curi dengar' rekod-rekod tersebut".Dia kemudiannya mempelajari pasal gitar sama ada dari rakan-rakan dan menghadiri kelas.
Gaya muzik dan persembahan serta cara bermain gitar sangat dipengaruhi oleh gaya Eddie Van Halen dan ACDC Randy Rhoades.
Pada masa ini, selain menjadi gitaris kumpulan SEARCH,Hillary juga menjadi professional guitarist seasonist dan menjadi pengarah muzik sama ada dalam dan luar negeri.