Friday, June 19, 2009

unicorn-nrocinu




NROCINU bermula pada 1996 dengan nama asal Unicorn yang ketika itu dianggotai oleh Rizal, Ejad & Amir di Rawang. Pada masa yang sama Roll, Amat (x-guitaris Movment) & Ajis (Disagree) mempunyai satu band yang tidak bernama di Petaling Jaya ketika di bangku sekolah. Roll yang amat menggilai Metallica berasa amat kecewa kerana tidak dapat memainkan lagu yang diminatinya bersama bandnya.

Pada 1998 Roll bertemu Rizal di SMT Sg Buloh. Rizal membawa pengaruh Cromok kepada Roll. Setelah melihat Roll bermain gitar dan membuat persembahan bersama-sama di sekolah, Rizal menarik Roll menyertai Unicorn. Pelbagai jenis lagu cover yang dimainkan, akan tetapi lebih terjerumus ke arah rock/metal.

Bermula 2001, setelah melihat abang kepada Roll (Amat Movment) merakamkan album pertamanya, terlintas untuk memiliki lagu sendiri. Maka bermulalah Unicorn menjadi band yang serius. Roll & Rizal mula mencipta lagu-lagu sendiri yang berteraskan heavy/thrash Metal. Menukarkan nama kepada NROCINU untuk mengelak kekeliruan orang ramai kerana terlalu banyak band menggunakan nama Unicorn. Melancarkan demo sulung 'GEMPITA' pada Jun 2002.

Namun selepas itu, Ejad dan Amir berundur dari Nrocinu atas sebab tertentu. Bermula dari itu line-up Nrocinu silih bertukar ganti. Walaupun begitu Nrocinu terus bergerak dan banyak membuat persembahan di serata lembah klang. Jamming dan gig yang dimainkan dirakam dan video dijual. Mendapat sambutan hangat lebih-lebih lagi di kedai kaset Perfect Music, Campbell, KL.

Kini NROCINU mempunyai line-up serius yang terdiri daripada Roll (guitar/vocal), Shah Sidious (guitar), Alan (bassist) & Zali Dethstroke (drummer). Usaha terbesar terkini dengan lahirnya EP yang berkualiti tinggi pada Jun 2005 yang diberi nama 'LANGKAH MULAAN'. Memuatkan 4 buah lagu yang pasti menggegarkan. Rakaman untuk album penuh telah dijalankan. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Kesemuanya dihasilkan secara DIY. Tiada kontrak ditandatangani.

NROCINU berjaya terpilih menjadi finalist rancangan realiti tv RockUnite. Rancangan yang disiarkan di ntv7 mulai Jun 2006 ini bertujuan mengenengahkan band rock dan yang seangkatan dengannya. Bersesuaian dengan tema ini, Nrocinu akan melebarkan sayapnya sekaligus ingin membuka mata masyarakat bahawa Metal bukanlah seperti yang telah disalahtafsirkan oleh media baru-baru ini.