Sunday, June 21, 2009

superhero comics



































Kalu cerita pasal superhero komik,apa yang terbayang kat palotak..batman?sepomen?hellboy?wolverine?...ahhhhh,xde2..tu semua dari barat..meh sini nk cite pasal superhero komik tempatan..

Siapa sangka seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehiro misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.

Disebalik topeng Keluang Man adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Burhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila kerana hilang ingatan akibat hentakan kayu di kepala angkara marah seorang pesaing ketika kejohanan.Kejadian itu berlaku diluar gelanggang yang mana ketika tengah ber'dating' ngan awek dia..(ni ape yang ak tengok dalam cite kt tv tu la). Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis kelawar besar.

Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin.

Dialog popularnya ialah: "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" kata-kata Tiongman apabila Aishah masih lagi mahu berjumpa dengannya di Hospital Bahagia manakala babak yang paling menarik bagi watak Aishah adalah tika dimana Tiongman secara tidak sengaja terlucut sarung tangan ketika cuba menyelamatkan Aishah, hingga menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuan Tiongman, sebenarnya Aishah sudah mengetahui identitinya.

*ni ade lagu tema cerita ni..siap dengan chord lagu lagi..sape2 nk dengar lagu,bleh mintak kat aku..pada sape2 yang kenal la..

Krisya-Keluang man

C Am
Dia bagai seorang pahlawan
F
Menjadi pembela
G
Bagi yg tiada upaya
C Am
Dengan ketangkasan langkah pergerakannya
F
Menewaskan musuh
G
Yang membuat angkara
C
Dialah satria



C F G
Biar pun di mana jua
C Am
Dia datang dikala malam tiba
F G C
Melakukan tugas mulia


C F G
Di desa juga di kota
C Am
Dia datang memberikan baktinya
F G C
Agar hidup aman sejahtera

C F G C
Keluang man, keluang man,keluangman...