Friday, June 19, 2009

projek pistol????


sapo diorg nih??

Melawat ke laman myspace mereka di http://www.myspace.com/projekpistol, baru lah terungkai semua persoalan

Menurut bekas editor Media Hiburan, Norman, selepas mendengar rakaman album pertama mereka, Projek Pistol layak digelar sebuah ‘supergroup’. Ditambah pula, ia dianggotai empat individu yang boleh tahan hebatnya.

Moq atau nama sebenarnya Ismail b Mohamed Ali pernah bertugas sebagai vokalis kumpulan Search untuk album ‘Search, Selepas Banjir’ dan Rampage dalam album ‘Rempuh’. Zham, nama penuh Kamarul Izham b Ahmad Badri, seperti Moq, juga pernah menjadi bassis untuk Search dan Rampage untuk album yang sama.

Edrie Hashim seorang pemuzik, penerbit, penggubah lagu, penulis lirik dan pengarah muzik. Candy (‘Candy’), Amy Search (‘Suatu Masa’, ‘IKON’), Ella (‘Simbiosis’), Def Gab C (‘RAW’) dan Awie (‘Santai’) antara artis yang pernah bekerjasama dengannya. Buat seketika pada tahun 2006, beliau juga pernah menyandang jawatan gitaris kumpulan Search.

Lola, nama penuh Saiful Rizla b Kamarudin, yang dinobatkan sebagai ‘Best Drummer’ oleh ROTTW pada tahun 2005, bekas drummer untuk kumpulan Search, Kamikaze dan XPDC.

Memang hebat bukan? Itupun belum di dengarkan lagi lagu mereka. “Hingga Hujung Nyawa” dan “Turun Dari Langit” boleh didapati di laman MySpace mereka