Sunday, June 21, 2009

wonderpets..


liny,tuck..dan ming2 juge,
wonderpets datang membantu,
ape yg penting..kerjasama!,
ape yg penting..kerjasama!,
Wonder Pets! Wonder Pets!,
Kami datang,
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan,
Kami tak besar,
dan kami tak kuat,
bila bekerjasama semua jadi mudah!!
Hei, Wonder Pets! Yey!


*menatang yg kecik ni pun tau bekerjasama,siap laen2 jenis lagi..
tikus,kekura ngan itik bleh bekerjasama untuk selamatkan menatang laen plak tuh..
orang melayu nk bekerjasama pun susah..nk tolong bangsa sendiri pun susah..cemana nk tolong bangsa lain(kes politik la ni)..



Linny the Guinea Pig, usia 5 tahun,
ketua Wonder Pets. Sebagai wira, dia memakai topi besbol kuning dan mantel biru. Linny nampaknya adalah ahli yang paling bijak di kalangan mereka kerana dia selalu memberikan pelbagai maklumat haiwan dan geografi kepada yang lain. Selalunya dialah yang mengingatkan kumpulannya mengenai nilai kerjasama dan lain-lain.

Turtle Tuck, 4 tahun

seekor tuntung yang peramah. Apabila menjadi wira, dia memakai topi kelasi berwarna putih, kasut sirip biru, dan mantel merah. Tuck merupakan ahli yang paling empatetik kerana suka membantu menenangkan haiwan apabila Linny dan Ming-Ming melaksanakan operasi penyelamat. Tuck juga menampakkan kemahiran pemerhatian yang tajam, iaitu boileh menjumpai benda dari jauh.

Ming-Ming Duckling, 3 tahun

seekor anak itik yang ghairah. Sebagai wira, dia memakai topi keledar juruterbang, gogel, dan mantel hijau. Dialah satu-satunya ahli yang boleh terbang. Dia juga boleh berkomunikasi bersama burung-burung lain dalam "bahasa burung". Ming-Ming jgua percaya bahawa dia berketurunan burung helang. Adakalanya Ming-Ming cuba menyelesaikan masalah dengan sendiri dan pernah sekali dia sendirinya menjadi haiwan yang memerlukan bantuan. Ming-Ming memainkan peranan pelawak dalam rancangan ini.