Tuesday, June 23, 2009
merdekakah aku..
tp x best..
paper last xleh wat sebaek mungkin..
xde ape nk sedih..sendri yg malas..
so..terima je la
ape yg bakal dapat..
tp byk lagi ak kena wat..
x merdeka pun sebenarnye..
x lama lagi..sem bru nk bukak..
so..get ready la..
wahai diriku ini..
ok ke x masa depan..???
emm..wat la yg mampu..
untuk mencerahkannya..
Sunday, June 21, 2009
superhero comics
Kalu cerita pasal superhero komik,apa yang terbayang kat palotak..batman?sepomen?hellboy?wolverine?...ahhhhh,xde2..tu semua dari barat..meh sini nk cite pasal superhero komik tempatan..
Siapa sangka seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehiro misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.
Disebalik topeng Keluang Man adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Burhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila kerana hilang ingatan akibat hentakan kayu di kepala angkara marah seorang pesaing ketika kejohanan.Kejadian itu berlaku diluar gelanggang yang mana ketika tengah ber'dating' ngan awek dia..(ni ape yang ak tengok dalam cite kt tv tu la). Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis kelawar besar.
Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin.
Dialog popularnya ialah: "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" kata-kata Tiongman apabila Aishah masih lagi mahu berjumpa dengannya di Hospital Bahagia manakala babak yang paling menarik bagi watak Aishah adalah tika dimana Tiongman secara tidak sengaja terlucut sarung tangan ketika cuba menyelamatkan Aishah, hingga menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuan Tiongman, sebenarnya Aishah sudah mengetahui identitinya.
*ni ade lagu tema cerita ni..siap dengan chord lagu lagi..sape2 nk dengar lagu,bleh mintak kat aku..pada sape2 yang kenal la..
Krisya-Keluang man
C Am
Dia bagai seorang pahlawan
F
Menjadi pembela
G
Bagi yg tiada upaya
C Am
Dengan ketangkasan langkah pergerakannya
F
Menewaskan musuh
G
Yang membuat angkara
C
Dialah satria
C F G
Biar pun di mana jua
C Am
Dia datang dikala malam tiba
F G C
Melakukan tugas mulia
C F G
Di desa juga di kota
C Am
Dia datang memberikan baktinya
F G C
Agar hidup aman sejahtera
C F G C
Keluang man, keluang man,keluangman...
Usop Sontorian
kalu nk cerita pasal katun oversea je,bile katun Malaysia nk maju plak..meh sini sama2 majukan animasi tempatan..cerita pasal Usop sontorian
Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996(sekarang MOY Publication.)
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.
Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.
Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.
*hidup animasi tempatan...yearghhhh!!!!!
spongebob
SpongeBob SquarePants adalah sebuah siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya serial kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Serikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam bahasa Melayu.
SpongeBob SquarePants ialah seekor span yang tinggal dalam sebiji nenas dalam laut, manakala jirannya Squidward Tentacles ialah seekor sotong yang tinggal dalam sebuah kepala Pulau Easter. Jiran SpongeBob yang lain dan kawan karibnya, Patrick Star si tapak sulaiman merah jambu, tinggal di bawah seketul batu. Rumah Squidward terletak di antara rumah Spongebob dan rumah Patrick, dan inilah yang merimaskan Squidward.
SpongeBob dan kawan-kawannya tinggal di bandar Bikini Bottom dalam lautan Pasifik. Bikini Bottom dilihatkan sebagai sebuah bandar biasa dengan pusat bandar, pinggir bandar, kawasan pantai, lapangan terbang, rangkaian bas dan taman hiburan sendirinya. Stephen Hillenburg pernah berkata bahawa Bikini Bottom direka lebih kurang berasaskan bandaraya Seattle, Washington.
Haiwan peliharaan SpongeBob ialah seekor siput babi bernama Gary, yang "mengiau" seperti kucing. Meskipun tidak boleh bercakap (kecuali dalam beberapa episod), watak-watak lain kelihatan mampu memahaminya. Tambahan pula, cacing lautan menyalak seperti anjing dan dirantai. Obor-obor disamakan dengan lebah; bunyi desas-desus, sengatan bisa (tetapi kelihatan seperti kejutan elektrik), dan menghasilkan "jeli" yang lazat, memperolok-olok nama "jellyfish" sambil membandingkan jeli dengan madu lebah. Ikan berperanan sebagai warga kota tetapi tidak dijadikan watak penting.
SpongeBob yang penyerap, kuning, dan berliang ini, bekerja sebagai tukang goreng di Krusty Krab, sebuah restoran makanan segera, iaitu berkongsi tempat kerja dengan Squidward yang menjadi juruwang. Krusty Krab dimiliki Eugene H. Krabs (Mr. Krabs). Sheldon J. Plankton ialah musuh ketat Krabs yang memiliki sebuah restoran makanan segera bertaraf rendah bernama The Chum Bucket yang terletak berhadapan Krusty Krab. The Chum Bucket seolah-olah langsung tidak dikunjungi pelanggan, dan Plankton meluangkan kebanyakan masanya untuk merancang untuk mencuri resipi burger Krabby Patty milik En. Krabs. Plankton hanya berjaya mencuri resipi itu dalam filem; formulanya tidak pernah didedahkan kepada penonton. Isteri komputer Plankton, Karen, kadang-kala membantunya dalam rancangan jahatnya atau bertengkar dengannya.
Satu lagi kawan SpongeBob ialah Sandy Cheeks, seekor tupai yang berasal dari Texas dan tinggal di dalam underwater dome di Bikini Bottom. Dia dihantar ke dalam lautan oleh majikan-majikannya yang berupa cimpanzi. Ketika di luar kubahnya, dia memakai sut seakan-akan angkasawan.
Penduduk Bikini Bottom memandu bot seolah-olah kereta. SpongeBob masih belajar dalam sekolah memandu setelah gagal dalam ujian memandu banyak kali. Setiap pergerakan menghasilkan buih untuk mengingkatkan penonton bahawa cereka ini berlatarkan lautan. Namun begitu, terdapat babak-babak di mana terdapat selapisan air yang berasingan daripada air lautan (seperti tasik pantai) dan api boleh dinyalakan dalam air lautan.
*cite spongebob ni best kalu diteliti dari segi kesengalan watak2 dalam cite ni..
mesej pun ok..jalan cerita menarik..even cite ni untuk kanak2,tapi rasanya untuk orang dewasa pun ok untuk release2 tensen sebab cerita ni jenis santai..bleh layan laa..
wonderpets..
liny,tuck..dan ming2 juge,
wonderpets datang membantu,
ape yg penting..kerjasama!,
ape yg penting..kerjasama!,
Wonder Pets! Wonder Pets!,
Kami datang,
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan,
Kami tak besar,
dan kami tak kuat,
bila bekerjasama semua jadi mudah!!
Hei, Wonder Pets! Yey!
*menatang yg kecik ni pun tau bekerjasama,siap laen2 jenis lagi..
tikus,kekura ngan itik bleh bekerjasama untuk selamatkan menatang laen plak tuh..
orang melayu nk bekerjasama pun susah..nk tolong bangsa sendiri pun susah..cemana nk tolong bangsa lain(kes politik la ni)..
Linny the Guinea Pig, usia 5 tahun,
ketua Wonder Pets. Sebagai wira, dia memakai topi besbol kuning dan mantel biru. Linny nampaknya adalah ahli yang paling bijak di kalangan mereka kerana dia selalu memberikan pelbagai maklumat haiwan dan geografi kepada yang lain. Selalunya dialah yang mengingatkan kumpulannya mengenai nilai kerjasama dan lain-lain.
Turtle Tuck, 4 tahun
seekor tuntung yang peramah. Apabila menjadi wira, dia memakai topi kelasi berwarna putih, kasut sirip biru, dan mantel merah. Tuck merupakan ahli yang paling empatetik kerana suka membantu menenangkan haiwan apabila Linny dan Ming-Ming melaksanakan operasi penyelamat. Tuck juga menampakkan kemahiran pemerhatian yang tajam, iaitu boileh menjumpai benda dari jauh.
Ming-Ming Duckling, 3 tahun
seekor anak itik yang ghairah. Sebagai wira, dia memakai topi keledar juruterbang, gogel, dan mantel hijau. Dialah satu-satunya ahli yang boleh terbang. Dia juga boleh berkomunikasi bersama burung-burung lain dalam "bahasa burung". Ming-Ming jgua percaya bahawa dia berketurunan burung helang. Adakalanya Ming-Ming cuba menyelesaikan masalah dengan sendiri dan pernah sekali dia sendirinya menjadi haiwan yang memerlukan bantuan. Ming-Ming memainkan peranan pelawak dalam rancangan ini.
hujan air mata (untukmu palestin)
Bayangkanlah lamanmu berhias api,
Sampai bila rumahmu mampu berdiri,
Sebelum,
Dipunahkan,
Bayangkanlah lahirmu ke alam ini,
Sampai akhir hayatmu masih merintih,
Menagih,
Kedamaian,
Dalam hati terlintas satu soalan,
Mana hilang,
Keinsanan,
Bayangkanlah lautmu dilanda taufan,
Sampai bila layarmu mampu bertahan,
Sebelum,
Kau tenggelam,
Bayangkanlah jagamu tak pernah aman,
Sampai malam lenamu rasa terancam,
Kau dalam,
Ketakutan,
Dalam hati terlintas satu soalan,
Mana hilang,
Keinsanan,
Mana hilang kasih sayang diberikan tuhan pada kita Insan,
Hingga kita biar saja hujan airmata melimpah,
Bayangkanlah lahirmu ke alam ini,
Sampai akhir hayatmu masih merintih,
Menagih,
Kedamaian,
Bayangkanlah jagamu tak pernah aman,
Sampai malam lenamu rasa terancam,
Kau dalam,
Ketakutan,
Dalam hati terlintas satu soalan,
Mana hilang keinsanan,
Mana hilang kasih sayang diberikan tuhan pada kita Insan,
Hingga kita biar saja hujan airmata melimpah
Saturday, June 20, 2009
periuk bukan untuk masakan
Info untuk sapa2 yang suka masak,bleh beli periuk ni..
Info berkaitan periuk yang bleh memudaratkan..
Periuk api merupakan sejenis alat bahan letupan yang diletakkan di atas atau di bawah permukaan tanah. Ia akan meletup apabila dicetuskan oleh kenderaan, manusia ataupun haiwan. Periuk api biasanya merujuk kepada alat yang memang dibuat untuk tujuan ini, dan berbeza daripada "alat letupan spontan" ("IED").
Periuk api digunakan untuk melindungi sempadan yang dipertikai dan untuk mengehadkan pergerakan musuh semasa perang. Dari segi taktik fungsi sama dengan kawat berduri atau gigi naga konkrit yang menghalang laluan askar musuh dan membolehkan kawasan itu dipertahankan dengan lebih mudah. Dari pandangan ketenteraan, periuk api dianggap sebagai "pengganda kuasa", membolehkan pasukan yang teratur mengatasi musuh yang lebih ramai.
Bom M18A1 Claymore digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Bom Claymore ini diletakkan di atas tanah menghadap tempat di mana musuh dijangkakan berada dan apabila diletupkan akan melontarkan 700 biji bebola keluli sehingga jarak 100 meter di dalam satu lengkung seluas 60° di hadapan bom berkenaan. Bom ini digunakan dalam serang hendap dan sebagai pertahanan anti penyusupan. Ia juga boleh digunakan menentang kenderaan ringan tanpa perlindungan armor.
Bom ini menggunakan kesan Misznay-Schardin, yang mana mendapati bahawa apabila bahan letupan meletup dan bertemu kepingan besi waja, kuasa letupan itu akan diarahkan bertentangan arah kepingan besi itu. Selepas Perang Korea, tentera Amerika Syarikat memperbaiki rekaan Schardin menjadi bom Claymore yang melontarkan beratus-ratus bebola besi dengan sekali letupan. Bahagian belakang bom ini menggunakan besi untuk mengarahkan letupan ke arah hadapan.
Bom jenis M18A1 digunakan semasa Perang Vietnam. Bom M18A1 menggunakan bahan plastik berwarna hijau dengan perkataan "Front Toward Enemy" di atasnya. Bom ini panjangnya 21.5 cm, tinggi 8 cm dan mempunyai ketebalan 3.5 cm dan mempunyai dua kaki yang boleh dilaraskan.
senjata melayu dulu
Bukan niat menyeru atau mengajak sapa untuk mencuba,
sekadar info untuk kita semua,
pasal senjata melayu tradisional lama,
kecil molek tapi awas...
celaka badan penangannya..
kecil berbahaya kerambit namanya..
Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.
Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.
Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.
bom tangan
kali ni lari skit dari muzik..ak nk kasi info skit tp pasal bom.cemana bom berfungsi..aku nk cita pasal satu jenis bom ni.bom ni adalah yang paling biasa digunakan dalam peperangan iaitu jenis time-delay fragmentation anti-personnel hand grenade..menurut apa yang ak search dan ak fahami..bom ni berfungsi senang je..akan tetapi,penyelenggaraan dan safety amat perlu di titik beratkan..so,kpada sesiapa yang ada bom tu hati2 la ye..x kisah la askar ke pengganas ke.. Tujuan penghasilan bom ni adalah untuk membunuh atau mencederakn pihak musuh yang duduk berkumpulan...bile bom ni meletup,serpihan bom akan melayang dan akan mencederakan x kira la orang ke binatang ke dan yang paling bahaya adalah bebola besi yang terkandung dalam bom tu sendiri...
-Mekanisme letupan dicetuskan oleh striker yang mendapat daya tolakan spring dalam bom tangan. Biasanya,striker itu disangkut dengan striker lever diluar bom,fungsi striker lever tu untuk halang striker masuk menghentak precussion cap.Bila safety pin dicabut,ianya bergantung pada striker lever..selagi dia memegang striker,bom x meletop..bila bom dibaling,striker lever akan lepaskan striker,striker akan menghentak percussion cap dan akan terhasil spark yg kecil.spark tu akan actifkan chemical delay,kire chemical delay ni cam sumbu la..pastu chemical delay ni akan bg input kat detonator(bahan peletup) dan BOOOOOOMMMMM!!!!
*prinsip pembinaan bom ikan yang menggunakan paku adalah sama macam bom ni..
tp xde la gune chemical delay tuh,gune sambung wayar je sebagai punca spark..
sama2 bahaya..asal nama bom je bahaya..kueh bom x bahya..bleh makan.
fakta warna
Hilangkan masalah sakit kepala
Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin
Biru
Mengurangkan tekanan di tempat kerja
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang
Merah jambu
Elakkan insomnia
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!
Jingga
Ceriakan mood
Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.
Hijau
Lenyapkan keletihan
Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.
hillary ang
Name : Hillary Ang
Description : Guitarist / Sessionist
Gear : Godin A6(semi acoustic)
Aku dah penah cita pasal edrie hashim yang mana salah sorg guitarist terbaek kat Malaysia ni.Kali ni ak cite pasal hillary plak..dia ni pn dasat gak..
Hillary Ang adalah lebih dikenali umum sebagai axeman untuk kumpulan rock paling terkenal di Malaysia, SEARCH - Hillary telah menempatkan dirinya di persada muzik tanah air sebagai satu daripada pemain gitar legenda di industri muzik rock tanah air.Lahir pada 1962 di Johor Baru.
Keinginan dan minat terhadap muzik rock berakar daripada keluarganya: " abang saya mempunyai satu iaitu mengumpul rekod-rekod dan lagu-lagu, kebanyakannya dari genre rock dan saya 'curi curi dengar' rekod-rekod tersebut".Dia kemudiannya mempelajari pasal gitar sama ada dari rakan-rakan dan menghadiri kelas.
Gaya muzik dan persembahan serta cara bermain gitar sangat dipengaruhi oleh gaya Eddie Van Halen dan ACDC Randy Rhoades.
Pada masa ini, selain menjadi gitaris kumpulan SEARCH,Hillary juga menjadi professional guitarist seasonist dan menjadi pengarah muzik sama ada dalam dan luar negeri.
puisi jamming
pukulan kayu..
kali ke empat..
petanda permulaan..
mesej perlu disampaikan..
untuk sekelian manusia..
bercampur baur..
pelbagai element..
dosa dan pahala..
akal dan nafsu..
atas satu matlamat..
ianya sudah bermula..
kegagahan tangan kanan menghayunkan pick..
larian jemari sang kiri..
rancak menari diatas fingerboard..
keserasian sang kanan dan kiri..
menari meliuk mengikut rentak..
kekadang sang kanan tewas..
mengikut tarian sang kiri..
akan tetapi..
ianya belum tamat..
perlu diteruskan..
demi kesempurnaan..
sang kiri kini semakin rancak..
melirik diatas not2 yang harmoni..
namun..gerakan vertical sang kanan..
memaksa sang kiri diawang-awangan..
semakin laju sang kanan di paksinya..
semakin acuh tak acuh si kiri..
untuk mencecah..
lantai fingerboard yang semakin besar terasa..
pukulan paddle yang semakin mengganas..
disulami dengan kembarnya yang menyerang ganas..
serangan selang seli..
mereka semakin laju..
memaksa sang kanan dan kiri bekerja sama..
larian serasi diatas fingerboard..
serangan paddle makin kuat..
hentakan padu dari tali gergasi..
menggegar sang manusia untuk mengilai..
hilaian yang membawa mesej untuk sekelian manusia..
sama ada baik buruknya..
bergantung kepada sang kanan atau sang kiri..
ilham dan jiwa..
nawaitu dan keimanan..
untuk mencoret bait2 ungkapan..
dihamparan..
untuk dijadikan panduan..
kepada sang kanan,sang kiri,paddle,tali gergasi dan manusia..
untuk menyampaikannya...
impian seroja
Setakat ini
Manis senyuman memukau aku
Sampai kemari
Tenggelam dalam mimpiku
Bunga seroja
Di sana mekar
Di sini layu
Jadi guguran
Nafas yang singkat
Tercungap aku
Pantas berlari
Embun menitis ke bumi
Membasah intan
Nada yang kudendang
Berlagu rindu dalam hatiku
Cinta yang terpendam
Aku pasti datang sekejap lagi
Sendiri aku terus diransang
Ke langit sedang biru
Menanti aku dalam nantimu
Nanti kau datang lagi
Friday, June 19, 2009
unicorn-nrocinu
NROCINU bermula pada 1996 dengan nama asal Unicorn yang ketika itu dianggotai oleh Rizal, Ejad & Amir di Rawang. Pada masa yang sama Roll, Amat (x-guitaris Movment) & Ajis (Disagree) mempunyai satu band yang tidak bernama di Petaling Jaya ketika di bangku sekolah. Roll yang amat menggilai Metallica berasa amat kecewa kerana tidak dapat memainkan lagu yang diminatinya bersama bandnya.
Pada 1998 Roll bertemu Rizal di SMT Sg Buloh. Rizal membawa pengaruh Cromok kepada Roll. Setelah melihat Roll bermain gitar dan membuat persembahan bersama-sama di sekolah, Rizal menarik Roll menyertai Unicorn. Pelbagai jenis lagu cover yang dimainkan, akan tetapi lebih terjerumus ke arah rock/metal.
Bermula 2001, setelah melihat abang kepada Roll (Amat Movment) merakamkan album pertamanya, terlintas untuk memiliki lagu sendiri. Maka bermulalah Unicorn menjadi band yang serius. Roll & Rizal mula mencipta lagu-lagu sendiri yang berteraskan heavy/thrash Metal. Menukarkan nama kepada NROCINU untuk mengelak kekeliruan orang ramai kerana terlalu banyak band menggunakan nama Unicorn. Melancarkan demo sulung 'GEMPITA' pada Jun 2002.
Namun selepas itu, Ejad dan Amir berundur dari Nrocinu atas sebab tertentu. Bermula dari itu line-up Nrocinu silih bertukar ganti. Walaupun begitu Nrocinu terus bergerak dan banyak membuat persembahan di serata lembah klang. Jamming dan gig yang dimainkan dirakam dan video dijual. Mendapat sambutan hangat lebih-lebih lagi di kedai kaset Perfect Music, Campbell, KL.
Kini NROCINU mempunyai line-up serius yang terdiri daripada Roll (guitar/vocal), Shah Sidious (guitar), Alan (bassist) & Zali Dethstroke (drummer). Usaha terbesar terkini dengan lahirnya EP yang berkualiti tinggi pada Jun 2005 yang diberi nama 'LANGKAH MULAAN'. Memuatkan 4 buah lagu yang pasti menggegarkan. Rakaman untuk album penuh telah dijalankan. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Kesemuanya dihasilkan secara DIY. Tiada kontrak ditandatangani.
NROCINU berjaya terpilih menjadi finalist rancangan realiti tv RockUnite. Rancangan yang disiarkan di ntv7 mulai Jun 2006 ini bertujuan mengenengahkan band rock dan yang seangkatan dengannya. Bersesuaian dengan tema ini, Nrocinu akan melebarkan sayapnya sekaligus ingin membuka mata masyarakat bahawa Metal bukanlah seperti yang telah disalahtafsirkan oleh media baru-baru ini.
bermulanya sebuah epic...-metalasia
kita beralih jap masuk arena metal tanah air.ni ada skit pasal band Metalasia ni..
Kumpulan Metalasia ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah naungan Tri Castle Entertainment atas cetusan rasa dan keinginan anggotanya yang ingin membawa pendengar menjiwai muzik ala 80-an yang diberi nafas baru dengan penekanan terhadap gitar work yang sangat progresif.Band ni dah lama,tapi xtau la kot2 ada yang x kenal diorg ni..Dianggotai oleh 5 orang anak muda yang mempunyai pengalaman yang mendalam dalam bidang muzik terutamanya yang membabitkan jenis muzik underground dan seangkatan dengannya, mereka kini dilandaskan yang paling tepat untuk mengegarkan persada muzik metal tanahair.
Kumpulan Metalasia ini juga boleh dikatakan deipengaruhi aliran muzik Italian Symphonics Power Metal yg telah diperkenalkan oleh kumpulan yang berasal dri eropah iaitu Rhapsody of Fire.
Cara pembawaan lagu boleh dikatakan seakan kumpulan Cacophony (Perpetual Burn) yang diterajui oleh gitaris lagenda Marty Friedman dan Jason Becker. Walau apa pun, kumpulan Metalasia dan juga petikan gitar King Shah & Ritz dapat memang mengasyikkan dan berjaya membawakan lagu-lagu mereka setanding dengan kumpulan-kumpulan heavy metal dari barat.
Apapun, Metalasia terbukti mempunyai iltizam yang tinggi bagi memartabatkan tahap persembahan muzik dengan menonjolkan muzik metal progresif yang sekaligus menyerlahkan kebolehan dan ketangkasan pemuzik-pemuziknya di dalam setiap persembahan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album pertama mereka berjudul Khalifah Alam Maya.
Metalasia dan Khalifah Alam Maya memang memberi pengertian yang sedikit konflik kerana di dalam satu masa mereka berazam menjadi kumpulan metal terunggul di Asia manakala di sudut yang lain pula mereka ingin menjadi utusan yang membawa khabar gembira buat pencinta-pencinta muzik metal.
Di dalam persembahan konsert mereka baru-baru ini di Karnival Bukit Jalil, Metalasia telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu duduk sebaris dengan pemuzik-pemuzik handalan seperti Man Kidal, Shahrul, Hillary, Samad, Izo dan ramai lagi. Ketangkasan gitaris Metalasia iaitu King Shah dan kehebatan penyanyi dan gitaris kedua mereka ritz dapat dilihat pada setiap lagu yang diperdendangkan Metalasia. Headbangin, solo gitar, larian dan koreografi yang unik turut menambah serlah kerancakan persembahan mereka di pentas.
Mereka adalah jawapan yang paling tepat kepada peminat-peminat yang telah lama dahagakan mutu muzik yang berkualiti. Lagu-lagu di dalam album mereka banyak mempamerkan penerokaan baru untuk kemajuan muzik metal dan ini bersesuian dengan judul album mereka Khalifah Alam Maya. Namun, Metalasia tidak seharusnya lupa dan alpa bahawa tanpa lagu yang iramanya mampu memikat para pendengar, usaha mereka ke arah kecemerlangan mungkin sia-sia. Rata-rata peminat muzik di Malaysia mempunyai tabiat yang hanya mengambil tahu sesuatu kumpulan baru apabila ada irama lagu daripada album mereka yang mampu mencuri perhatian. So, what U have to do is just put aneffort on it and try to understand the audience.
Petikan dari Majalah Konsert Edisi Ogos/Sept. 99 Vol: 1.
* Jutaan terima kasih kepada kakitangan Majalah Konsert.
* Jutaan terima kasih kepada editornya Ms. Nyza kerana memberitahu aku di dalam IRC tempohari yang dia ada menulis artikel ini di dalam Majalah Konsert.
*ak betol2 tertarik nengok diorang maen gitar seven-strings..gilo weyh.kepada sapa2 yang x penah dengar lagu diorg bawak2 la dengar..kasi goyang urat saraf.
line up
CD - Vokal
King Shah - Gitar & Keyboard
Ritz - Gitar
Ewan Brakar - Bass
Sam Maya - Drum
top 10 guitar brands
1.GIBSON
2.FENDER
3.IBANEZ
4.B.C.RICH
5.CHARVAL
6.EPIPHONE
7.ESP
8.JACKSON
9.YAMAHA
10.KRAMER
*kepada sapa2 yang nk beli gitar tu bleh2 la pilih sekarang..
kalu nk beli tu pndai2 la..lagi bagus brand tu,mahal la skit,kualiti pn ok..
kalu dapat kualiti ok,harga rendah..tu lagi ok.
kalu dapat brand yang lagi bagus pastu murah..tu memang best la.
kalu dapat brand ok,qualiti kaw2 best,harga murah pastu orang laen tolong belikan tuk kita..tu memang best gila la..
kalu dapat brand ok,qualiti kaw2 best,harga murah pastu orang laen tolong belikan tuk kita,siap beli banyak2 plak tuh..memang best tahap beskal..kah2
pemilihan top 10 ni adalah hasil undian bg yang penah guna gitar2 tu la...kalu bagi ak,ak undi gitar kapok je sebab x mmpu nk beli..tp sayang,x tersenarai..
WINGS dan perkembangan sayap
kumpulan WINGS atau dlm BMnye "sayap'(kah.kah.kah) adalah satu nama yg besar bagi muzik rock tanah air ni..tp diorg adalah nama kecik dalam bidang rock ni kepada sapa2 yg x kenal diorg la..rockers belenggu irama ni still aktif kt malaysia ni..Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985,cerita diorg ni start bila ada 4 org penuntut yg bergabung tenaga untuk membentuk kumpulan pancaragam kat Sekolah Menengah Sri Ampang nuu..awie,jojet,jo,syam. Oleh sebab minat rock,maka diorg terus la mendendangkan lagu berentak rock'n'roll..so,berterusan la tp masa tu diorg xde nama lagi.Penghijrahan ahli kumpulan yakni jojet yang pegi bermain dengan Kumpulan Gersang dan Jo yang mengundurkan diri menyebabkan ada perpecahan dalam kumpulan ni.Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini pengurus pada masa tu adalah Ali Bakar.Kumpulan ini bertungkus lama menyiapkan album pertama "Belenggu Irama" dengan kehadiran Eddie dan Black yang menggantikan Jojet dan Jo..kehadiran Wings pada masa itu amat bersesuaian kerana ketika itu arena rock tanah air tengah berkembang dan mula diterima masyarakat.Memang kena la ngan zaman dan muzik yg dibawakan..kehadiran Wings menambah lagi ke'rock'an pada era tu..Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu oleh penggubah terkenal seperti M. Nasir, J.S Kevin, percaturan pertama Wings di arena seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan namun demikian,mereka terpaksa berdepan dengan banyak masalah dengan penyiaran di TV.radio RTM kerana lagu2 mereka tidak diluluskan untuk disiar atas alasan lirik,lirik, lagu dan latar belakang Wings yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.Dalam keadaan masalah tu pun,laku gak album diorg 60,000 unit..cuba kalu bleh siar,mau byk lagi tuh.. Tak lama lepas tu ada la sikit perpindahan ahli dalam Wings yang mana Syam(gitaris) menarik diri plak dan digantikan dengan Joe yang sebelum itu merupakan gitaris kumpulan SCANDALS.joe ni kreatif ditambah dengan skill men gitar yang tinggi..pendek kata,terer abih la men gitar.Sampai la sekarang joe still ngan wings..joe ni pelik skit solo dia,ada la trademark dia..kekadang susah gak nk follow riff ngan solo dia ni.. Pastu pertukaran ahli kuar masuk tu biasa la..tp yang agak mengejutkan dant paling mengecewakan peminat Wings ialah berita pengunduran Awie setelah keluarnya album "Double Trouble" dan "Bazooka Penaka". Amy Search paling lantang ketika itu mengutuk tindakan Awie, walaupun Amy sendiri keluar dari Search selepas album "Double Trouble 2".Sejarah pertukaran penyanyi utama kumpulan Wings cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. 2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing di hasilkan.Cakap pasal vokalis ni kan..Wings ni penah ada 3 orang vokalis yg join band ni..Mus dari Kumpulan May,Mel dan Awie sendiri..Mus May sempat wat album ngan Wings dan album terakhir yang Mus May wat adalah Mr.Barbarik..
Pastu dia masuk balik Kumpulan May..Awie masuk balik Wings dan terhasilnya Naga K'ramat ..bertempat di Orange Club pada tahun 2006,konsert Wings Alive mengubat kerinduan semua..yearghhh!!
*Kumpulan Search & Wings mencipta sejarah yang mungkin tidak pernah terjadi dalam dunia muzik rock umumnya apabila bersetuju muncul dalam satu upacara simbolik pemotongan rambut masing-masing pada 1 November 1992 di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Upacara yang kelihatan penting tersebut dilakukan oleh Mohamed Rahmat (Menteri Penerangan Malaysia ketika itu) dan disiarkan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia secara langsung melalui saluran RTM1. Upacara tersebut mengakhiri tempoh sekatan yang dikenakan oleh Kementerian Penerangan Malaysia terhadap Search & Wings di mana lagu-lagu mereka tidak boleh disiarkan melalui radio & televisyen Malaysia, malah permit pertunjukan pentas juga tidak dikeluarkan kepada kumpulan rock yang berambut panjang melebihi paras bahu.
kah..kah..warghhh kah..kah..pya la susah nak jadi rock ni.
hati kita
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.org yg ada sifat camni patut kena pulau je..payah nk berunding kalu dh ego,pemarah la,x sabar la..wat sakit ati je dengar suara pn..siyes celaka org camni.ak paling benci org camni..
repekan pagi..
keadaan yang kurang selesa pagi ni akibat daripada element2 yang tidak sepatutnya seperti talaan angin kipas yang direct kat muka yang mengundang selsema esok pagi,perut berbunyi tanpa isi akibat daripada makan yang sikit,kepala yang sakit akibat tahan ngantuk pye pasal menyebabkan aku gagal mentafsir apa yg berlaku disekeliling. Sejuk pagi yang menyeru ak ke katil perlu di patahkan untuk menyetelkan beberapa bende yang harus disetelkan.hadoii la..tengah2 menaip bnde alah ni,berkumandang plak lagu pawana dri winamp ak ni,terkesima kejap la dgr lagu ni..ak pn terfikir la pasal lagu ni..apa yang menyebabkan lagu ni bleh bertahan sampai sekarang arr..kalu dengar balik pn ok je.mebi sebab kena dengan jiwa kot..dengan riff2 lagu ni yang menyengit ditambah plak ngan solo..perghhhh.
lagu2 rock dlu2 ni memang dah jarang men kat radio..kalu ak dapat dengar kat radio tu rasa cam best gila..td time ak kuar minum dengar lagu kumpulan MAY tajuk SENDIRI tp yg versi baru la..arrangement muzik ubah skit la tp ok..ak ade la gak jamm lagu2 rock dulu2 ni tp yang susahnya nk cari lagu tu,dari awal sampai abih,riff ngan solo..mau 3-4 ari bertapa ngan lagu tu bru bleh dapat..tu pn belum tentu dapat yang sejibik sejabak ngan yang original..tp bleh la maen.lagu2 camni jarang nk jumpa tabs dia,kalu ada pn chords je..tu pn ade gak chords yang x betul..ak cadang nk buh chords gitar dalam blog ak nih..tgk la cemana..merenung nasib pagi2 ni..apakah ari ini lebih baek dari semalam ????
projek pistol????
sapo diorg nih??
Melawat ke laman myspace mereka di http://www.myspace.com/projekpistol, baru lah terungkai semua persoalan
Menurut bekas editor Media Hiburan, Norman, selepas mendengar rakaman album pertama mereka, Projek Pistol layak digelar sebuah ‘supergroup’. Ditambah pula, ia dianggotai empat individu yang boleh tahan hebatnya.
Moq atau nama sebenarnya Ismail b Mohamed Ali pernah bertugas sebagai vokalis kumpulan Search untuk album ‘Search, Selepas Banjir’ dan Rampage dalam album ‘Rempuh’. Zham, nama penuh Kamarul Izham b Ahmad Badri, seperti Moq, juga pernah menjadi bassis untuk Search dan Rampage untuk album yang sama.
Edrie Hashim seorang pemuzik, penerbit, penggubah lagu, penulis lirik dan pengarah muzik. Candy (‘Candy’), Amy Search (‘Suatu Masa’, ‘IKON’), Ella (‘Simbiosis’), Def Gab C (‘RAW’) dan Awie (‘Santai’) antara artis yang pernah bekerjasama dengannya. Buat seketika pada tahun 2006, beliau juga pernah menyandang jawatan gitaris kumpulan Search.
Lola, nama penuh Saiful Rizla b Kamarudin, yang dinobatkan sebagai ‘Best Drummer’ oleh ROTTW pada tahun 2005, bekas drummer untuk kumpulan Search, Kamikaze dan XPDC.
Memang hebat bukan? Itupun belum di dengarkan lagi lagu mereka. “Hingga Hujung Nyawa” dan “Turun Dari Langit” boleh didapati di laman MySpace mereka
edrie hashim
Edrie Hashim ... satu nama yang sering didengarkan sekarang ini kerana sesungguhnya tidak ramai yang seaktif beliau dalam membentuk arus muzik rock citarasa umum.
Dengan cinta yang mendalam terhadap muzik, komposer, pemuzik dan penerbit ini melengkapkan lagi kaedahnya dengan kecerdikan seorang usahawan dan juga visi moden yang menerajui setiap pergerakan syarikatnya, Neo Gendang Worldwide. Dengan karisma dan kejujuran yang disenangi semua, jiwa Edrie yang sentiasa terbuka kepada letupan-letupan baru muzik rock juga dihormati semua lapisan pemuzik tanahair.
Sejak permulaannya sebagai seorang A&R di awal 90-an, pengiktirafan Edrie di industri seni muzik tanahair dicapai atas titik peluhnya sendiri. Setelah diiktiraf sebagai pemuzik dengan gelaran duta Godin Guitars buat Malaysia, Edrie tidak membuang masa dan menumpukan perhatiannya terhadap bidang penggubahan dan penerbitan, dan baru-baru ini, dalam penilaian persembahan apabila dipertanggungjawabkan sebagai salah seorang juri Akademi Fantasia 7.
Pendek cerita, sentuhan ajaibnya dalam apa bidang sekalipun belum lagi gagal di mata umum. Albumnya melalui ‘supergroup’ Projek Pistol, bersama rockers-rockers berpengalaman seperti Moq, Zam dan Lola, yang bakal menemui peminat dalam masa terdekat ini akan membuka kembali penerimaan khalayak ramai terhadap kalibernya sebagai seorang gitaris dan pemuzik rock.
PENERBIT ALBUM
-Candy - Candy (1997)
-Ella - Simbiosis (2003)
-Search - Gothik Malam Edan (2006)
PENCIPTA LAGU
-Akan Ku Tunggu (1997 / Candy - Candy)
-Jaringan (1997 / Candy - Candy)
-Akukah Yang Bersalah (1997 / Candy - Candy)
-Abadi (1997 / Candy - Candy)
-Lubuk Pusing (2002 / Wings - Naga Kramat)
-Kau Bernama Cinta (2005 / Cili - Kau Bernama Cinta)
-Konklusi (2005 / Cili - Kau Bernama Cinta)
-Memoria Anna (2006 / Search - Gothik Malam Edan)
-Gurindam Cinta Khayam (2006 / Search - Gothik Malam Edan)
-Irama Marakas (2006 / Search - Gothik Malam Edan)
-Nyata Dan Maya (2006 / Search - Gothik Malam Edan)
guitar dan zaman
Tahukah anda, gitar adalah alat muzik atau instrument muzik yang lahir dan berakar sejak zaman kuno lagi dan memainkan pelbagai fungsi dalam variasi gaya muzikal. Biasanya, gitar mempunyai enam tali, tetapi terdapat juga jenis gitar dengan empat, tujuh, lapan, 10 dan 12 tali.
Gitar sudah diiktiraf sebagai antara instrumen paling utama dalam muzik blues, country, flamenco, muzik rock dan banyak lagi irama berbentuk pop. Ia juga boleh berperanan sebagai instrumen klasikal solo. Gitar juga boleh dimainkan secara akustik, di mana tone bunyi dihasilkan oleh getaran tali dan ditinggikan atau direndahkan oleh badannya yang berongga, atau ia juga bergantung pada fungsi penguat (amplifier) yang mampu memanipulasi tone secara elektronik. Jenis gitar ini mula diperkenalkan sekitar abad ke-20 dan terus berkembang selepas menerima pengaruh dan budaya muzik popular.
Secara tradisionalnya, gitar dibentuk atau dibuat dengan kombinasi pelbagai jenis kayu dan talinya diperbuat daripa isi perut haiwan. Bagaimanapun, kini penggunaan tali nilon atau keluli menjadi pilihan. Gitar dibuat dan diperbaiki oleh pembuat kecapi (Lut) atau mana-mana pembuat alat muzik bertali secara amnya.
Sebelum perkembangan pesat gitar elektrik dan penggunaan bahan sintetik, gitar didefinisikan sebagai instrumen yang mempunyai leher berukir panjang, bod suara daripada kayu yang rata, tetulang dan belakang yang rata, lebih banyak mempunyai tepi yang melengkung ke dalam.
Instrumen yang lebih kurang sama dengan gitar sudah mula popular sejak 5,000 tahun dulu. Gitar itu dikatakan terbit daripada instrumen yang lebih awal terkenal di India dan Asia Tengah sebagai Sitara.
Perkataan moden - gitar - dipinjam ke bahasa Inggeris daripada bahasa Sepanyol iaitu giutarra. Ia terbit daripada bahasa Latin, cithara yang difahamkan berasaskan pula daripada perkataan Greek, kithara yang dipercayai terbit pula dari perkataan Parsi, sihtar. Sihtar sendiri ada kena mengena dengan instrumen India, sitar.
Gitar terbahagi kepada dua kategori iaitu yang luas penggunaannya sebagai akustik dan elektrik.Tahukah anda, gitaris atau shredder ternama negara ialah Man Keedal atau nama sebenarnya Rahman Mahmud. Dilahirkan di Johor pada 2 Mac 1963, Man Keedal sudah mula berimain gitar sejak berusia 10 tahun lagi hasil dorongan ayahnya, seorang pemain harmonika. Namanya mula gah sekitar 1985 ketika menganggotai kumpulan rock ikon, Search. Bersama Search, namanya begitu meletup menerusi album Cinta Buatan Malaysia. Man Keedal - gelaran yang diberikan atas karakter istimewanya yang kidal, juga bertanggungjawab mempelopori kumpulan rock, Lefthanded.
Gitar popular yang dipakainya ialah Fender Stratocaster 1978 bersama amplifier Marshall, beliau menampilkan gaya permainan speed, neoclassic dan shredd. Gitaris idola beliau ialah Yngwie Malmsteem, Ritchie Blackmore dan Jimi Hendrix.
Di Malaysia juga, gitaris terkenal lain termasuklah Hillary Ang, Joe Wings dan Samad (Lefthanded)
bermulanya carian (SEARCH)
Setelah selesai ngan pengenalan,kita beransur la skit dari pengenalan tuh dengan mengenali band2
rock yg ada kat Malaysia ni yg mana digelar otai2 kat negara kita nih. Kali ni diketengahkan dalam blog ak ni band yg legend kt malaysia ni yakni kumpulan SEARCH. Kalu sapa yg x kenal diorg ni xtau la..x ckup syarat la nk jadi rockers..tp ada baeknya dri kenal diorg dengan melampau-lampau,bek la kenal ngan ustaz2 ke,ilmuan2 ke..kang nnti yg band ni kenal,org2 penting x kenal..salah tu..ni ada la sedikit sebanyak cerita pasal diorg.
Ditubuhkan di Johor Bahru pada 1981, Search mula mengadakan persembahan secara live di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur sejak tahun 1980-an lagi. Kumpulan asal terdiri daripada Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal digantikan Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua. Amy, seorang "piano tuner" diambil bagi menggantikan tempat Zainal sebagai penyanyi. Seorang pemain gitar kedua iaitu Din juga diambil untuk berganding dengan Hillary. Tidak lama selepas itu, Hillary dan Nasir kemudian meninggalkan Search dan tempat mereka digantikan Man Kidal selaku pemain gitar dan Yan pemain bass, satu nama besar dalam dunia rock tanah air yang juga pengasas kumpulan Lefthanded. Cara berpakaian dan penampilan setiap ahli kumpulan Search menjadi ikutan para remaja dengan imej artis berambut panjang dan pakaian yang mencolok mata menyebabkan pihak RTM bertindak menggam semua penyanyi berambut panjang daripada muncul di kaca TV. Kumpulan Search menghasilkan album pertama mereka di bawah POLYGRAM Record berjudul "CINTA BUATAN MALAYSIA". Album ini menjadi satu detik permulaan bagi sejarah perkembangan rock tanah air terbitan M.Nasir. Man Kidal dan Yan kemudian meninggalkan Search untuk menyertai kumpulan Lefthanded kembali. Tempat mereka digantikan Hillary dan Nasir semula. Search kemudian menghasilkan lagu berentak slow seperti Meniti Titian Usang, Bisa, Kau Pergi dan Rozana, serta lagu berentak heavy seperti Musnah, Pasti & Langit dan Bumi. Apabila berlaku perbalahan dengan POLYGRAM Record, Hillary sekali lagi meninggalkan Search, digantikan Kid, adik kepada Din dan bekas gitaris kumpulan Gersang. Perancangan rapi pihak BMG dan melalui syarikat Search iaitu GO-Search menjadikan Search popular di Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Search juga bergabung tenaga dengan kumpulan Wings (waktu itu Awie masih menjadi penyanyi utama kumpulan Wings) dalam album Double Trouble yang diterbitkan M Nasir. Apabila Nasir meninggalkan Search untuk membuka syarikat penerbitan beliau sendiri, Dangaroos, tempatnya digantikan Yan. Yan sekali lagi meninggalkan Search untuk menumpukan perhatian kepada kerja sessionist, sebelum kembali ke kumpulan Lefthanded. Tempatnya digantikan Nasir. Fauzi kemudian menyertai Search sebagai bass dan tidak lama kemudian Amy menarik diri. Search kemudian bergabung dengan Awie dan menghasilkan album "Search & AWIE - Bikin Wilayah". Yazit kemudian berganding dengan kumpulan Search generasi baru untuk menghasilkan album "Search, SELEPAS BANJIR". Bersama Yazit adalah Shah (pemain gitar - bekas anggota kumpulan Exist dan pengasas kumpulan Slam). Search generasi baru ini hanya bertahan untuk satu album, Selepas Banjir. Akhirnya pada 16 Jan 2001, nama Search dibekukan dan untuk meneruskan legasi Search, sebuah kumpulan baru RAMPAGE ditubuhkan. Pembekuan Search adalah satu kehilangan besar bagi peminat muzik rock tempatan. Sepanjang karier mereka, Search adalah satu contoh terbaik rock band. Selepas hampir 5 tahun berpecah, pada tahun 2004, Amy, Kid, Din dan Nasir bergabung semula dalam Konsert Evolusi di Stadium Merdeka dengan disaksikan hampir 50 ribu penonton yang menantikan aksi mereka selepas sekian lama. Namun, barisan kali ini tidak menampilkan Yazid sebagai pemain drum tetapi digantikan Lola yang pernah bermain untuk XPDC dan LEFTHANDED. Sejurus selepas penggabungan semula itu, Search berhasrat untuk menghasilkan sebuah lagi album berjudul "Empire Garden". Malangnya selepas 2 tahun album yang diwar-warkan tidak dapat diterbitkan kerana masalah dalaman. Pada 2006, akibat krisis dalaman, Din dan Kid disingkirkan. Tempat mereka digantikan kembali Hillary [antara pengasas kumpulan Search]. Dengan kemasukan Hillary ini, mereka berjaya membuat album "Gotik Malam Edan" dalam masa 2 bulan juga pada tahun 2006 ini dengan Edrie Hashim bertindak sebagai penerbit. Album ini mendapat bantahan ramai peminat fanatik Search kerana perubahan aliran muzik yang ditampilkan. Walaupun begitu, Search melakukan perubahan ini kerana tidak mahu berada di takuk lama dengan sejajar dengan perubahan muzik dunia yang sudah berkembang. Sempena 25 tahun Search dalam industri muzik Malaysia, mereka ingin melakarkan satu lagi episod bersejarah dengan mengadakan konsert ulangtahun ke-25 mereka dengan SLANK dari Indonesia sebagai penyanyi undangan. Selepas 2 kali ditunda, akhirnya tarikh konsert yang ditetapkan jatuh pada 5 Januari 2007 di Stadium Merdeka dan 7 Januari 2007 di Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor. Malangnya, pada penghujung tahun 2006, rakyat Malaysia dikejutkan dengan banjir besar di Johor menyebabkan Search terpaksa menunda konsert ini ke tarikh lain. Namun, ketika saat akhir persiapan konsert itu, Search bertindak menarik diri. Penarikan diri ini disebabkan pihak penganjur iaitu Tiga Events Sdn Bhd gagal memenuhi beberapa specifikasi Search yang menginginkan sebuah konsert ulangtahun yang hebat sedangkan Search hanya mahu yang terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat mereka. Disebabkan Search tidak mahu konsert itu disamakan dengan konsert biasa lain seperti Jom Heboh, Search sanggup menarik diri dari menyertai S2 Celebration Concert yang dianjurkan Tiga Event (anak syarikat TV3). |
Sapa2 yg follow tour search di awan biru tu tau la ke'power'an band ni..irama melodi menusuk jauh ke koronari jantung anda..yearghhhh.
rock woo...
Pengenalan untuk blogku yg julung2 kalinye dinukil oleh diriku sebagai hamba Allah dimuka bumi yg daif lagi hina ini yg mana berkisar dengan muzik dan hiburan tanah air dan luar negara. permulaan yg berkisarkan muzik rock di tanah air yg mana jarang2 kita baca bagi yg x mencari maklumat pasal bnda ni dan mungkin yg dh biasa baca dan tau pasal bnda ni.Sama2 menambah pengetahuan dan igatan untuk sume manusia di luar sana,rock2 jugak,mati igt jgk ye..
Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.
Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.
Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).
Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.
Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.
Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, May dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.
Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.
Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid.