Tuesday, June 23, 2009

merdekakah aku..

abih dah final..
tp x best..
paper last xleh wat sebaek mungkin..
xde ape nk sedih..sendri yg malas..
so..terima je la
ape yg bakal dapat..
tp byk lagi ak kena wat..
x merdeka pun sebenarnye..
x lama lagi..sem bru nk bukak..
so..get ready la..
wahai diriku ini..
ok ke x masa depan..???
emm..wat la yg mampu..
untuk mencerahkannya..

Sunday, June 21, 2009

superhero comics



































Kalu cerita pasal superhero komik,apa yang terbayang kat palotak..batman?sepomen?hellboy?wolverine?...ahhhhh,xde2..tu semua dari barat..meh sini nk cite pasal superhero komik tempatan..

Siapa sangka seorang pemuda yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya Tiungman sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian manakala Khaty Ismail, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba menjejaki supehiro misteri ini. Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dengan hero sebutan ramai ini.

Disebalik topeng Keluang Man adalah adalah seorang pesakit di sebuah hospital gila, Burhan. Dia merupakan seorang jaguh silat sebelum dimasukkan ke hospital gila kerana hilang ingatan akibat hentakan kayu di kepala angkara marah seorang pesaing ketika kejohanan.Kejadian itu berlaku diluar gelanggang yang mana ketika tengah ber'dating' ngan awek dia..(ni ape yang ak tengok dalam cite kt tv tu la). Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman. Keluang ialah sejenis kelawar besar.

Samad, rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi, sebelah malamnya menjadi Tiongman adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man. Dia mempunyai seorang kekasih bernama Aishah tetapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah kerana orang ramai mengatakan bahawa dia sudah gila dan hanya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Sebelum dimasukkan ke hospital itu, Samad merupakan seorang mekanik yang berjaya, namun kejadian letupan yang tak disengajakan berlaku di bengkelnya menyebabkannya hilang ingatan dan perlu dipulihkan. Watak Tiongman adalah berdasarkan watak pembantu Batman, Robin.

Dialog popularnya ialah: "Abang dah gila, Ecah! Abang dah gila!!" kata-kata Tiongman apabila Aishah masih lagi mahu berjumpa dengannya di Hospital Bahagia manakala babak yang paling menarik bagi watak Aishah adalah tika dimana Tiongman secara tidak sengaja terlucut sarung tangan ketika cuba menyelamatkan Aishah, hingga menampakkan cincin yang pernah dihadiahkannya kepada Samad, dan tanpa pengetahuan Tiongman, sebenarnya Aishah sudah mengetahui identitinya.

*ni ade lagu tema cerita ni..siap dengan chord lagu lagi..sape2 nk dengar lagu,bleh mintak kat aku..pada sape2 yang kenal la..

Krisya-Keluang man

C Am
Dia bagai seorang pahlawan
F
Menjadi pembela
G
Bagi yg tiada upaya
C Am
Dengan ketangkasan langkah pergerakannya
F
Menewaskan musuh
G
Yang membuat angkara
C
Dialah satria



C F G
Biar pun di mana jua
C Am
Dia datang dikala malam tiba
F G C
Melakukan tugas mulia


C F G
Di desa juga di kota
C Am
Dia datang memberikan baktinya
F G C
Agar hidup aman sejahtera

C F G C
Keluang man, keluang man,keluangman...

Usop Sontorian


kalu nk cerita pasal katun oversea je,bile katun Malaysia nk maju plak..meh sini sama2 majukan animasi tempatan..cerita pasal Usop sontorian

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996(sekarang MOY Publication.)

Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.

Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.

Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.

Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.

*hidup animasi tempatan...yearghhhh!!!!!

spongebob


SpongeBob SquarePants adalah sebuah siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya serial kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Serikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam bahasa Melayu.
SpongeBob SquarePants ialah seekor span yang tinggal dalam sebiji nenas dalam laut, manakala jirannya Squidward Tentacles ialah seekor sotong yang tinggal dalam sebuah kepala Pulau Easter. Jiran SpongeBob yang lain dan kawan karibnya, Patrick Star si tapak sulaiman merah jambu, tinggal di bawah seketul batu. Rumah Squidward terletak di antara rumah Spongebob dan rumah Patrick, dan inilah yang merimaskan Squidward.

SpongeBob dan kawan-kawannya tinggal di bandar Bikini Bottom dalam lautan Pasifik. Bikini Bottom dilihatkan sebagai sebuah bandar biasa dengan pusat bandar, pinggir bandar, kawasan pantai, lapangan terbang, rangkaian bas dan taman hiburan sendirinya. Stephen Hillenburg pernah berkata bahawa Bikini Bottom direka lebih kurang berasaskan bandaraya Seattle, Washington.

Haiwan peliharaan SpongeBob ialah seekor siput babi bernama Gary, yang "mengiau" seperti kucing. Meskipun tidak boleh bercakap (kecuali dalam beberapa episod), watak-watak lain kelihatan mampu memahaminya. Tambahan pula, cacing lautan menyalak seperti anjing dan dirantai. Obor-obor disamakan dengan lebah; bunyi desas-desus, sengatan bisa (tetapi kelihatan seperti kejutan elektrik), dan menghasilkan "jeli" yang lazat, memperolok-olok nama "jellyfish" sambil membandingkan jeli dengan madu lebah. Ikan berperanan sebagai warga kota tetapi tidak dijadikan watak penting.

SpongeBob yang penyerap, kuning, dan berliang ini, bekerja sebagai tukang goreng di Krusty Krab, sebuah restoran makanan segera, iaitu berkongsi tempat kerja dengan Squidward yang menjadi juruwang. Krusty Krab dimiliki Eugene H. Krabs (Mr. Krabs). Sheldon J. Plankton ialah musuh ketat Krabs yang memiliki sebuah restoran makanan segera bertaraf rendah bernama The Chum Bucket yang terletak berhadapan Krusty Krab. The Chum Bucket seolah-olah langsung tidak dikunjungi pelanggan, dan Plankton meluangkan kebanyakan masanya untuk merancang untuk mencuri resipi burger Krabby Patty milik En. Krabs. Plankton hanya berjaya mencuri resipi itu dalam filem; formulanya tidak pernah didedahkan kepada penonton. Isteri komputer Plankton, Karen, kadang-kala membantunya dalam rancangan jahatnya atau bertengkar dengannya.

Satu lagi kawan SpongeBob ialah Sandy Cheeks, seekor tupai yang berasal dari Texas dan tinggal di dalam underwater dome di Bikini Bottom. Dia dihantar ke dalam lautan oleh majikan-majikannya yang berupa cimpanzi. Ketika di luar kubahnya, dia memakai sut seakan-akan angkasawan.

Penduduk Bikini Bottom memandu bot seolah-olah kereta. SpongeBob masih belajar dalam sekolah memandu setelah gagal dalam ujian memandu banyak kali. Setiap pergerakan menghasilkan buih untuk mengingkatkan penonton bahawa cereka ini berlatarkan lautan. Namun begitu, terdapat babak-babak di mana terdapat selapisan air yang berasingan daripada air lautan (seperti tasik pantai) dan api boleh dinyalakan dalam air lautan.

*cite spongebob ni best kalu diteliti dari segi kesengalan watak2 dalam cite ni..
mesej pun ok..jalan cerita menarik..even cite ni untuk kanak2,tapi rasanya untuk orang dewasa pun ok untuk release2 tensen sebab cerita ni jenis santai..bleh layan laa..

wonderpets..


liny,tuck..dan ming2 juge,
wonderpets datang membantu,
ape yg penting..kerjasama!,
ape yg penting..kerjasama!,
Wonder Pets! Wonder Pets!,
Kami datang,
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan,
Kami tak besar,
dan kami tak kuat,
bila bekerjasama semua jadi mudah!!
Hei, Wonder Pets! Yey!


*menatang yg kecik ni pun tau bekerjasama,siap laen2 jenis lagi..
tikus,kekura ngan itik bleh bekerjasama untuk selamatkan menatang laen plak tuh..
orang melayu nk bekerjasama pun susah..nk tolong bangsa sendiri pun susah..cemana nk tolong bangsa lain(kes politik la ni)..



Linny the Guinea Pig, usia 5 tahun,
ketua Wonder Pets. Sebagai wira, dia memakai topi besbol kuning dan mantel biru. Linny nampaknya adalah ahli yang paling bijak di kalangan mereka kerana dia selalu memberikan pelbagai maklumat haiwan dan geografi kepada yang lain. Selalunya dialah yang mengingatkan kumpulannya mengenai nilai kerjasama dan lain-lain.

Turtle Tuck, 4 tahun

seekor tuntung yang peramah. Apabila menjadi wira, dia memakai topi kelasi berwarna putih, kasut sirip biru, dan mantel merah. Tuck merupakan ahli yang paling empatetik kerana suka membantu menenangkan haiwan apabila Linny dan Ming-Ming melaksanakan operasi penyelamat. Tuck juga menampakkan kemahiran pemerhatian yang tajam, iaitu boileh menjumpai benda dari jauh.

Ming-Ming Duckling, 3 tahun

seekor anak itik yang ghairah. Sebagai wira, dia memakai topi keledar juruterbang, gogel, dan mantel hijau. Dialah satu-satunya ahli yang boleh terbang. Dia juga boleh berkomunikasi bersama burung-burung lain dalam "bahasa burung". Ming-Ming jgua percaya bahawa dia berketurunan burung helang. Adakalanya Ming-Ming cuba menyelesaikan masalah dengan sendiri dan pernah sekali dia sendirinya menjadi haiwan yang memerlukan bantuan. Ming-Ming memainkan peranan pelawak dalam rancangan ini.

effects oo effects







*byak lagi jenis effect ni haa..yg ada ni sebilangan kecik je..